Sunday, January 31, 2010

Cherating Bay Resort


Cherating sangat terkenal dengan keindahan pantainya serta digelar juga sebagai "Pekan Koboi Malaysia". Walaubagaimanapun, ianya tetap menjadi tarikan segelintir pelawat kerana selain keindahannya ia juga selamat dan terkenal dengan makanan seperti sata, otak-otak dan keropok lekor. Cherating juga sesuai untuk percutian atau kursus kerana ianya dikelilingi dengan kehijauan dan keindahan alam semula jadi yang tenang dan menenangkan fikiran.

Cherating Bay Resort terletak 30 hingga 45 minit dari Bandar Kuantan (48km) dan hanya mengambil masa 10 minit ke Bandar Kemaman (6km). Ianya juga sangat hampir dengan pantai Cherating iaitu hanya 3 minit berjalan kaki.

Resort kami menawarkan perkhidmatan perhotelan kepada pelanggan kami. Di sini kami menyediakan hampir 150 unit apartment di mana kami mengutamakan konsep kekeluargaan. Selain dari itu, kami juga menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, permainan indoor dan outdoor, dewan kursus, cafe, dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment